Tuesday, July 21, 2009

BLACK STUD CAPPUCINO


Peluang baru untuk rakyat malaysia menambah pendapatan. Produk kapucino yang dapat meningkatkan tenaga dan menyihatkan badan....
Jadi ahli untuk menjadi pengedar yang sah... anda boleh!!!

Sila kunjungi blog ini jika berminat

http://blackstudherbs.blogspot.com

Cepat jangan terlambat...... kerana ianya masih teramat baru di pasaran.....

Terbukti dapat meningkatkan tenaga dan mampu menyihatkan tubuh badan....

Saturday, May 23, 2009

Bohsia: Tatoo tanda dah barai!!!!

Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.
Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.
Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.
Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.
“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.
“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.
Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.
Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.
Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.
“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.
Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.
Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.
Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.
“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.
“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.
Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.
Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.
“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

Petikan Harian Metro - 23/5/2009

Thursday, May 14, 2009

Cerita Seks di internet.

Akhirnya aku curang terhadap suamiku; Isteri diperkosa orang lain; berbomoh; Dirogol tukang rumah dan Tini janda muda antara tajuk cerpen panas dalam sebuah laman web lucah yang menjadi tumpuan penggemar ilusi seks melampau.

Laman web yang dikesan kewujudannya sejak beberapa tahun dulu dipercayai susulan daripada sebuah laman web yang pernah dibongkarkan sebelum ini.

Kewujudan laman web itu didedahkan seorang sumber Harian Metro yang risau bahan bacaan itu bakal merosakkan minda orang ramai terutamanya golongan remaja.

Sumber itu berkata, berbeza dengan laman web sebelum ini, hanya mereka yang mahir dan orang tertentu saja dapat mengakses laman web itu memandangkan ia lebih rumit berbanding sebelum ini.

Menurutnya, beratus-ratus cerpen lucah dipercayai disumbangkan pembaca yang didakwa pengalaman mereka melakukan perbuatan itu itu sebelum ‘dibukukan’ untuk dikongsi bersama.

“Kebanyakan cerita yang dipaparkan menggunakan alunan bahasa yang mengghairahkan sehingga boleh menarik pembaca menghayati semua cerpen yang dipaparkan.

“Cerpen panas itu antara lain mengisahkan seorang isteri yang tidak dapat menahan gelora nafsu selepas ditinggalkan suaminya yang bertugas di luar kawasan sanggup berlaku sumbang dengan lelaki lain,” katanya.

Menurutnya, turut dimuatkan perilaku buruk seorang bapa mentua yang sanggup meniduri menantunya sendiri sehingga wanita itu mengandung.

Katanya, kisah seorang janda gersang yang melakukan aksi seks dengan tiga lelaki di rumahnya juga dipaparkan dalam cerpen pendek laman web ini.

“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada cerita yang dimuatkan itu berdasarkan pengalaman yang dilalui penulis atau hanya sekadar ilusi semata-mata.

“Malah, bagi menaikkan keghairahan penggemar laman web terbabit, pengendalinya turut memuat turun beberapa komik lucah memaparkan lelaki sedang ghairah melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

“Sedar atau tidak, kewujudan cerpen lucah itu boleh mempengaruhi pelakuan remaja yang mungkin mendorong mereka untuk merasai pengalaman melakukan hubungan seks itu,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak orang ramai terutamanya remaja daripada terus hanyut dalam dunia ilusi yang boleh mendorong mereka melakukan perkara negatif.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, berkata kegiatan tidak bermoral berkenaan perlu dibendung segera bagi mengelak menjadi ikutan remaja yang mudah terdedah dengan perlakuan buruk itu.

“Mereka dipercayai menulis bahan itu hanya berdasarkan kepada ilusi semata-mata kerana seronok dan mendapat kepuasan melakukannya.

“Pada pandangan saya, mereka (penulis) itu mungkin ‘sakit jiwa’ kerana sanggup menghasilkan bahan berkenaan,” katanya ketika mengulas mengenai kewujudan cerpen lucah dalam laman web di sini, semalam.

Menurutnya, beliau bimbang bahan berkenaan akan menjadi ikutan remaja memandangkan golongan terbabit mudah terpengaruh dengan gejala seumpama itu.

Katanya, pengaruh bahan berkenaan mungkin boleh menyebabkan remaja terjerumus untuk melakukan jenayah seperti rogol dan mencabul kehormatan

Dipetik dari Harian Metro 14/5/2009

Suami Seks Ganas

Tindakan ganas suami ketika melakukan hubungan seks dengan isteri sehingga tergamak menggunakan timun atau terung bermula dengan sikap mahu mencuba selepas terpengaruh dengan aksi pelakon lucah.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi, Dr Adilah Ahmat, berpendapat perbuatan sadisme itu bermula dengan perasaan mahu mencuba sebelum menjadi satu ketagihan.

“Lambakan bahan lucah seperti di Internet atau cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah boleh mempengaruhi suami untuk bertindak sedemikian tanpa menyedari keseronokan itu ‘merosakkan’ isteri sendiri,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai perbuatan seorang lelaki berusia 40-an yang lemah tenaga batin menggunakan timun dan terung ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan suami, wanita berusia 30-an itu membuat laporan polis Jumaat lalu sebelum menuntut fasakh di mahkamah syariah.

Lelaki itu didakwa memasukkan terung dan timun secara paksa lebih daripada tujuh kali sejak enam tahun lalu bagi mendapat kepuasan asmara termasuk menggunakan jari hingga alat kelamin isterinya mengalami pendarahan.

Dr Adilah berkata, tindakan itu boleh mendedahkan isteri bukan saja kepada jangkitan kuman di bahagian alat kelamin, malah boleh sampai ke organ lain dalam badan.

“Jika tusukan objek yang digunakan kuat sehingga berlaku koyakan menembusi dinding faraj, isteri terdedah kepada jangkitan teruk.

“Ia bukan saja mendedahkan kepada jangkitan sistem peranakan, malah boleh merebak ke usus atau pundi kencing,” katanya.

Beliau berkata, apabila berlaku jangkitan, ia boleh ke organ lain misalnya hati.

“Perkara ini sudah tentu membuatkan wanita berkenaan sengsara malah membahayakan nyawanya hanya kerana suami mahukan keseronokan,” .

Monday, April 27, 2009

Anak melayu terlampau...


Tanpa segan silu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memberitahu “bapa saya tak marah pun” apabila disoal sejurus dia didapati leka meneguk arak murah di tepi longkang sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota di sini, awal pagi semalam.

Dia yang mengaku berasal dari Flet Sri Sabah di sini mendakwa mula ketagih arak murah selepas kerap kali diberikan rakannya.

Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan bercakap merapu ketika ditahan polis dalam operasi bersepadu dilancarkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam operasi itu, polis menyerbu lorong gelap di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Tamby yang dijadikan markas kegiatan tidak bermoral oleh remaja skinhead itu sejak sekian lama tanpa menghiraukan bau busuk longkang serta persekitaran kotor.

Ketika serbuan kawasan terbabit dikatakan dipenuhi dengan botol serta tin arak yang bersepah di atas jalan, dipercayai dibuang remaja berkenaan.

Dalam serbuan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Thamby, seramai 23 remaja iaitu 15 lelaki dan lapan gadis belasan tahun, ditahan selepas berada di bawah pengaruh arak.

Remaja perempuan terbabit juga didapati berpakaian menjolok mata.

Ketika serbuan kebanyakan mereka gagal meloloskan diri kerana sedang khayal, namun segelintir remaja cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang, tetapi dapat dipintas dan diberkas anggota polis.

Apabila ditanya, ada di kalangan remaja terbabit mengaku datang dari luar Lembah Klang termasuk dari Pahang.

-Dipetik dari Harian Metro, 27 Apr 2009-

Wednesday, April 8, 2009

Pesanan untuk anak melayu...


Antara gejala yang melanda pemikiran anak melayu terlampau yang beragama islam kini ialah JUDI!!! Memang kerap kita dengar dan kadang-kadang kita sendiri dapat melihat dengan mata sendiri anak melayu kita sedang berjudi. Terdapat berbagai jenis perjudian yang dilakukan. Antara yang biasa kita dengar:

  • Kasino- permainan kad, mesin slot, dl..
  • Lumba kuda
  • Nombor ekor
  • Laga ayam
  • Keputusan bola sepak
Inilah yang biasa dan popular dilakukan oleh masyarakat kita. Insaflah wahai anak melayu kerana judi itu HARAM!!!

Dalil pengharamannya ada dinyatakan dalam al-Quran, yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara keji dan kotor atau kamu masih berdegil)? (al-Maa'idah:90-91)."

Monday, April 6, 2009

Cerita Lucah Melayu


Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan perangai sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan secara haram. Ada ke patut mereka ni menjual novel berusur lucah dan novel ini dijual secara terbuka di pasaran. Ramai remaja yang masih bersekolah membeli novel tersebut. Yang lebih menyedihkan lagi ialah pihak yang menerbitkan novel lucah ini menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk menulis cerpen lucah untuk dimuatkan dan diterbitkan. Cerpen yang dihantar hendaklah melebihi 3000 patah perkataan dan bayaran sehingga RM150 akan diberi kepada yang menghantar cerpen yang berkualiti tetapi tetap HARAM!!!.
Antara tajuk cerpan yang telah diterbitkan ialah seperti Hadiah Malam Pertama, Bersama Pelakon Filem Blue, Mengajar Isteri Sepupuku, Eksperimen Seks Di Makmal Kimia, Hadiah Seks Di Harijadi, Belayar Bahtera Bersama Kak Ita dan beberapa tajuk lain, tidak sesuai dibaca remaja.
Namun pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan dan merampas beberapa judul novel yang dijual di beberapa buah kedai di seluruh negara. Antara novel lucah yang dirampas bertajuk Sensasi, Gelora Nafsu dan Kama Asmara. Pihak berkuasa juga sedang memantau dan menyiasat syarikat penerbitan yang menerbitkan novel berkenaan